PERSILATAN

Sejarah - Asal Usul Silat Cekak

  • Diamalkan oleh keluarga diraja dan panglima – panglima kanan Negeri Kedah di zaman Sultan Ahmad Tajuddin pada abad ke-19.
  • Panglima Ismail iaitu panglima kanan kerajaan negeri Kedah adalah guru Silat Cekak yang terawal dikesan dari sejarah. Dari Panglima Ismail silat ini diturunkan kepada Panglima Tok Rashid.
  • Panglima Tok Rashid kemudiannya mengamanahkan silat ini kepada En. Yahya Said dengan amanat supaya menyerahkan kembali silat ini kepada anak cucunya dari Kedah.
  • YM Ustaz Hanafi Haji Ahmad mengambil kembali dan melahirkan semula silat ini dari Yahya Said pada 5 Ramadhan 1385 iaitu 28 Disember 1965.
  • Seterusnya dipangku oleh En. Ishak Bin Itam (pemangku jawatan guru utama).
  • Seterusnya Silat Cekak diserahkan kepada Syeikh Dr.Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi iaitu anak ke-4 Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad.

PERSILATAN

Sejarah - Perkembangan Awal Silat Cekak

  • Silat Cekak pada mulanya bergerak dibawah Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah. Ustaz Hanafi sebagai Ketua Saksi Seni Silat Perkumpulan Sri Kedah melantik En. Yahya Said sebagai guru Silat Sri Kedah untuk mengajar Silat Cekak kepada ahlinya, ini termasuklah Ustaz Hanafi.Kelas pertama diadakan di rumah En. Shafie Darus di Batu 4 3/4 Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah.
  • Kelas kedua dibuka di Alor Merah kemudiannya berpindah ke Telok Wan Jah dan merupakan kelas terakhir En. Yahya Said menjadi guru dibawah anjuran Sri Kedah.
  • Selepas itu, En. Yahya Said memberi mandat kepada Ustaz Hanafi menjadi guru. Ustaz Hanafi berjaya membuka Silat Cekak di Bukit Mertajam (1968) dan Sg. Petani (1969).
  • Kelas silat pertama dibuka di Kuala Lumpur adalah di Kampung Bumi Putera, Kampung Datuk Keramat. Pada mulanya Seni Silat Cekak bergerak melalui Persatuan Bawean Putra (1970) sehingga pada 19hb Ogos 1971, dan seterusnya dikenali sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan beribu pejabat di No. 32, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru.

  • Mulai 21hb Februari 1985, pergerakan Seni Silat Cekak telah beribu pejabat di Bangunan Silat Cekak di alamat Bangunan Silat Cekak, Jalan Sentul, Kuala Lumpur.
  • Dalam masa 40 hari selepas Ustaz Hanafi meninggal dunia, pada 21hb September 1986, Encik Ishak Itam telah diisytiharkan sebagai Guru Utama Seni Silat Cekak (pemangku).
  • Encik Ishak Itam telah memangku jawatan Guru Utama Seni Silat Cekak selama 7 tahun sehingga 19hb Mei 1993, Silat Cekak telah dikembalikan kepada YM Tuan Syeikh Dr.Haji Md. Radzi Haji Hanafi (anak ke-4 Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad).
  • Apabila YM Syeikh Dr. Haji Md. Radzi Haji Hanafi memegang jawatan Guru Utama pergerakan Silat Cekak telah didaftarkan dan ditubuhkan dibawah nama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia pada 5 Ogos 1994 dengan nombor pendaftaran 5592/94 (Selangor).
  • Bermula tahun 2012, Silat Cekak telah digerakkan di bawah Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (PPM-005-10-02032012) yang beribu pejabat di Taman Melawati, Kuala Lumpur

PERSILATAN

Pantang Larang Silat Cekak

  • TIDAK BOLEH DERHAKA KEPADA GURU
  • TIDAK BOLEH DERHAKA KEPADA IBU
  • TIDAK BOLEH DERHAKA KEPADA BAPA
  • TIDAK BOLEH BERGADUH SESAMA AHLI SILAT CEKAK
  • TIDAK BOLEH MENCACI SILAT – SILAT MELAYU ASLI YANG LAIN

PENGASAS / PEMIMPIN AGUNG SILAT CEKAK

Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad

Allahyarham Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dikenali sebagai 'Pengasas' dan 'Pemimpin Agung Silat Cekak' diatas jasanya menzahirkan semula Silat Cekak seterusnya menggerakkannya dengan cara yang bersistematik bersesuaian dengan peredaran zaman. Allahyarham Ustaz Hanafi mula berkecimpung dalam memperjuangkan Seni Silat Cekak ini sejak dari tahun 1965 lagi. Bermula dengan mengembangkan Silat Cekak ini dengan bernaung di bawah Perkumpulan Sari Budaya Negeri Kedah, Silat Cekak dibawah pimpinannya kemudiannya bergerak melalui nama-nama seperti Persatuan Bawean Putra, Persatuan Seni Silat Kedah Malaysia, sehinggalah ke nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 13 Ogos 1986, di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Keramat Permai, Kuala Lumpur. Al-Fatihah.

GURU UTAMA / PEWARIS MUTLAK SILAT CEKAK

Sheikh Dr. Haji Md Radzi Haji Hanafi

Silat Cekak Pusaka Hanafi diterajui oleh YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin Hj Hanafi, yang merupakan anak keempat kepada pengasas Seni Silat Cekak itu sendiri, iaitu Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad. YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin Hj Hanafi memperoleh mandat melalui sanad & salasilah perguruan (persilatan) yang sah pada 19 Mei 1993. Dianugerahkan sebagai ‘Tokoh Penggiat Seni’ pada tahun 2013 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL), dan juga anugerah Doktor Kehormat daripada Asia Pacific Open University of Martial Arts (APACMA) pada 2012 (juga merupakan ahli senat APACMA), membuktikan ketokohan beliau dalam memimpin sesebuah masyarakat. Antara anugerah lain yang diterimanya adalah:

  • Tahun 2015, dikurniakan Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.) bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah Darul Aman yang ke-89 bertempat di Istana Anak Bukit Alor Setar, Kedah.
  • Tahun 2016, dikurniakan Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersempena Hari Wilayah Persekutuan bertempat di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sebagai Pewaris Mutlak kepada perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad, beliau amat yakin bahawa Silat Cekak Pusaka Hanafi ini dapat dikembangkan dan dimajukan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa.

SILIBUS PELAJARAN

Proses Pembelajaran & Buah-buah Silat

KAEDAH ASAS - Terbahagi kepada 4

  • KAEDAH A – adalah diilhamkan daripada gerakan doa.

    Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah–buah pelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi sebanyak 11 buah iaitu:

    1. Buah Pertama
    2. Buah Kilas Belakang
    3. Buah Kidung Kiri
    4. Buah Hentak
    5. Buah Ali Patah Atas
    6. Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama
    7. Buah Selendang
    8. Buah Paras
    9. Keputusan Pasong Kemanga
    10. Buah Luncur Buah
    11. Siku Potong
  • KAEDAH B – adalah diilhamkan dari gerakan Qiam dalam sembahyang.

    Daripada kaedah Qiam ini maka lahirlah buah–buah pelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi sebanyak 6 buah:

    1. Keputusan Gayung Fatani
    2. Keputusan Sendeng Atas
    3. Buah Kuntau Jatuh
    4. Buah Gari
    5. Buah Ali Patah Sudah Pecahan Kedua
    6. Buah Kuntau Kanan Gantung
  • KAEDAH C – adalah diilhamkan dari gerakan rukuk dalam sembahyang.

    Daripada kaedah ini maka lahirlah buah–buah pelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi sebanyak 3 buah iaitu:

    1. Buah Kilas Hadapan
    2. Keputusan Terlak
    3. Keputusan Lintau
  • KAEDAH D – adalah diilhamkan oleh gerakan takbiratul ihram dalam sembahyang.

    Daripada kaedah ini maka lahirlah buah–buah pelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi sebanyak 2 buah iaitu:

    1. Buah Kuntau Kiri
    2. Buah Hempok

BUAH ASAS

  1. Asas Pertama (Kaedah A)
  2. Asas Keputusan Gayong Fatani (Kaedah B)
  3. Asas Keputusan Sendeng Atas (Kaedah B)
  4. Asas Kilas Belakang (Kaedah A)
  5. Asas Kilas Hadapan (Kaedah C)
  6. Asas Kidong Kiri (Kaedah A)
  7. Asas Kuntau Jatuh (Kaedah B)
  8. Asas Kuntau Kiri (Kaedah D)
  9. Asas Kuntau Kiri Gantung (Kaedah D)
    Asas Kuntau Kanan Gantung (Kaedah B)
  10. Asas Buah Hentak (Kaedah A)
  11. Asas Buah Ali Patah Atas (Kaedah A)
  12. Asas Buah Ali Patah Sudah (Pecahan I) (Kaedah A)
    Asas Buah Ali Patah Sudah (Pecahan II) (Kaedah B)
  13. Asas Buah Selendang (Kaedah A)
  14. Asas Buah Gari (Pecahan I) (Kaedah B)
    Asas Buah Gari (Pecahan II) (Kaedah B)

  15. Asas Buah Paras (Pecahan I) (Kaedah A)
    Asas Buah Paras (Pecahan II) (Kaedah A)
  16. Asas Keputusan Pasong Kemanga (Kaedah A)
  17. Asas Keputusan Terlak (Kaedah C)
  18. Asas Keputusan Lintau (Kaedah C)
  19. Asas Buah Hempok (Kaedah D)
  20. Asas Buah Luncur (Kaedah A)

BUAH JATUH

  1. Buah Jatuh Pertama
  2. Jatuh Keputusan Gayong Fatani (Pecahan I)
    Jatuh Keputusan Gayong Fatani (Pecahan II)
    Jatuh Keputusan Gayong Fatani (Pecahan III)
  3. Jatuh Keputusan Sendeng Atas
  4. Buah Jatuh Kilas Belakang
  5. Buah Jatuh Kilas Hadapan
  6. Buah Jatuh Kidong Kiri
  7. Buah Jatuh Kuntau Jatuh
  8. Buah Jatuh Kuntau Kiri
  9. Buah Jatuh Kuntau Kiri Gantung
    Buah Jatuh Kanan Gantung
  10. Buah Jatuh Hentak
  11. Buah Jatuh Ali Patah Atas
  12. Buah Jatuh Ali Patah Sudah (Pecahan I)
    Buah Jatuh Ali Patah Sudah (Pecahan II)
  13. Buah Jatuh Selendang
  14. Buah Jatuh Gari (Pecahan I)
    Buah Jatuh Gari (Pecahan II)
  15. Buah Jatuh Paras (Pecahan I)
    Buah Jatuh Paras (Pecahan II)
    Buah Jatuh Paras (Pecahan III)
  16. Buah Jatuh Keputusan Pasong Kemanga
  17. Jatuh Keputusan Terlak
  18. Jatuh Keputusan Lintau
  19. Buah Jatuh Hempok
  20. Buah Jatuh Luncur

PERINGKAT POTONG

Peringkat potong adalah peringkat rahsia (sementara).

  • PELARI PISAU
  • BUAH POTONG

PERINGKAT TAMAT

  • ENAM TOLAK ENAM (6-6)
  • BUAH TAMAT
  • BUAH UMUM
  • BUAH SIKU POTONG
  • Pelajaran terakhir iaitu Buah ke-21 menandakan telah tamat silibus mata pelajaran Silat Cekak.